Thursday, March 31, 2011

Slice cheese cake

Salam...semua, sebenarnya sudah lama mama ambil resepi ni dari sumber asal, cuma tidak berkesempatan je untuk mencuba. Bila buka peti ais, barang semua cukup, maka laju je tangan ni untuk mencuba. Gambar yang ni adalah percubaan kali kedua, percubaan kali pertama tak jadi..haha...nampak macam senang, tapi silap sikit je keknya bantat. Walaubagaimanapun, percubaa kedua ni walaupun tidak berapa cantik rupanya [sebab mama bakar dalam aluminium foil petak ] namun rasanya yumm..yumm. InsyaAllah akan ada susulan lagi selepas ini...

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair.
kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi
meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese
tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila,
gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan
dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,
gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara
bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi
mencubanya.

Saturday, March 26, 2011

Cup cake




Masih lagi tempahan daripada Irwani, 12 pcs cup cake, 6 buttercream dan 6 fresh cream. Hari tu Irwani tempah 6 edible dan 6 hot mama cherry. Kali ni sama cuma bezanya dia nak gantikan buah cherry dengan kepingan coklat.

Coklat moist



Coklat moist lagi....tengok pun dah rasa terliur
InsyaAllah bila makan pasti sedap dan puas hati....
Siap sedia untuk jualan Pasir Tani di Kompleks Pasir Gudang

Jambangan coklat



7 biji coklat praline bentuk love dengan berbagai filling
+ bunga segar kekwa
tempahan daripada Yullie yang belajar di UTM semasa majlis konvo baru-baru ni untuk diberi pada seseorang yang tersayang

New!! Tart coklat


Crust tart yang ragup yang diisi dengan coklat Berly's yang enak
sememangnya sedapp
Terdapat 2 saiz
i) Saiz besar minimum order 30 biji
ii) Saiz kecil minimum order 50 biji

Marble cake lagi..



Marble cake yang lembut dan gebu
InsyaAllah bila makan pasti nak...dan nak lagi
Siap sedia untuk jualan Pasar Tani di Kompleks Pasir Gudang

Tuesday, March 22, 2011

Coklat box


15 biji coklat praline + box coklat yang boleh dimakan
sesuai untuk hantaran atau hadiah
calling/sms/pm saya untuk keterangan lanjut

Happy Birthday Yaya!



Dalam keadaan minggu yang sangat sibuk, sempat juga mama buatkan lolichoc edible pohh untuk yaya, anak seorang sahabat yang sambut ulang tahun ke-4 tahun. Yaya ni sebaya Amani anak mama. Mereka berdua kawan baik...hehe..tapi kadang-kadang gaduh bila jumpa...biasalah budak-budak

Tart buah



Order daripada Alien untuk hantaran hatinya pada suami tersayang.
Tengok tart ni pun dah kecur, belum makan lagi ek. Tapi insyaAllah sedap. Kenapa mama cakap macam tu, sebab crust dia ragup dan harum, filling kastartnya manis-manis buah dan bila tergigit buah yang segar diatas lagilah...mak aiii bila makan nak lagi, nak lagi..Kalau hidang pada anak-anak dan suami sekejap je licin :)

Sunday, March 20, 2011

Wedding cake...Alien & Ewan [versi 2]






1 kg choc moist and & 800 gm marble oren
hiasan dengan fondant
60 biji cupcake buttercream

Tempahan kedua daripada pasangan yang sama Ewan & Alien. Bagi rumah lelaki tema English menjadi pilihan hati. Puas mama mencari idea untuk mereka kek ini. Konsep masih sama 1 kek utama dibahagian atas , 35 biji cup cake untuk menghiasi tingkat kedua dan ketiga. Manakala lagi 25 biji untuk doorgift meja makan damai. Kek yang diatas tu hasil kretiviti bersama hubby....thanks dear sudi bantu walau tengah sibuk mengecat. Buat hari kedua hari ini memasang kek dirumah pengantin. Sampai je pukul 2.00 ptg hujan turun renyai-renyai...risau takut terlambat. Tapi syukur mereka bersanggah lambat pukul 2.30 ptg. Sedang Alien menjamu selera di meja makan damai, dari jauh dia memberi isyarat jari pada mama, tanda bagus. Alhamdulillah...dia suka, mama pun lega. Menggunyah nasi minyak baru terasa nikmatnya... :)
Sesiapa yang berminat boleh hubungi pada no phone diatas...tq

Wedding cake...Alien & Ewan [versi 1]








1kg choc moist [ hiasan buttercream + coklat ]
60 biji cup cake

Tempahan ini mama terima daripada pasangan Alien dan Ewan. Bagi sebelah Alien tema oren putih menjadi pilihan hati. Terima kasih Alien kerana menyerahkan sepenuh kepercayaan pada mama dan hubby untuk merealisasikan impian pada hari bersejarah mereka. Simple je kata-kata dia dalam sms "Alien ok jer...janji sedap dan cantik". Untuk kek ini mama gunakan buttercream dan coklat sebagai hiasan. Persiapan 3 hari awal untuk menyiapkan kepingan-kepingan coklat yang berpuluh-puluh tu. Alhamdulillah...selain cantik, insyaAllah sedap bila dimakan. Sesiapa yang berminat untuk tempahan seperti ini bolehlah calling-calling mama ya.

Tuesday, March 15, 2011

Hot mama cherry & edible Pohh cup cakes



Tempahan kali ke-3 daripada Irwani untuk makan-makan buat anak-anak tersayang. Irwani minta 6 edible upin ipin dan 6 hot mama cherry, tapi sayang masa mama sampai kedai edible upin ipin pula habis jadi terpaksa tukar kepada edible lain. Jadi mama pun pilih edible Pohh...cantik pula tengok warna biru tu..sejuk je mata sampai anak sendiri pula beriya-iya nak satu. What ever thanks a lot Irwani!

Bengkel Asas Membuat Coklat..13 Mac 2011








Alhamdulillah...kelas pertama coklat yang berlangsung pada 13 Mac 2011 di studio Pohon Minda, Taman Mawar, Pasir Gudang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada Ita ( class mate mama dulu), Wani dan Kak Hana atas kesudian menghadirkan diri, dikala orang lain sibuk dengan Majlis kahwin, bercuti dan Jom Heboh. Semangat betul mereka untuk menuntut ilmu. Semoga selepas ini ilmu yang diperolehi boleh menggembangkan lagi perniagaan bakery masing-masing. Kepada rakan-rakan yang telah telefon dan tidak dapat mengikuti kelas coklat kali ini, insyaAllah pada bulan April akan datang kelas susulan kedua di tempat yang sama.Berikut adalah maklumatnya

BENGKEL ASAS MEMBUAT COKLAT KALI KE-2
Tarikh: 9 April 2011
Masa : 2.00-5.30pm
Tempat :Studio Pohon Minda
Taman Mawar, Pasir Gudang
Yuran: RM98 sahaja

BENGKEL ASAS CUP CAKE DAN BUTTERCREAM
Tarikh: 10 April 2011
Masa : 2.00-5.30pm
Tempat :Studio Pohon Minda
Taman Mawar, Pasir Gudang
Yuran: RM120 untuk kehadiran seorang
RM98 untuk kehadiran 2 orang dan lebih

untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Mamanur: 0197655837














Monday, March 14, 2011

Chocball, pop cake dan Chocolate




Semua di atas tempahan daripada adik Yanti yang belajar di UTM. Katanya tempahan ini untuk jualan sempena karnival yang sedang berlangsung disana. Yanti minta 50 pcs pop cake, 50 pcs chocball dan 50 box coklat. Terima kasih Yanti, harap jualan disana semuanya habis...

Cup cakes kereta untuk..adik Haikal



Tempahan daripada Hanizam dan Ct untuk anak mereka Haikal. Baba dia kata Haikal suka gambar kereta warna hijau, biru dan merah. Semuanya 12 pcs cup cakes yang dihias dengan buttercream dan jelly. Selain ada gambar kereta uncle amy siap lukiskan kereta kebal dan aunty tambah kereta api. Mama sms Ct tanya macam mana cup cakes ok ke? dan jawapan Ct " Ok. Nice. Sedap. Haikal sekali makan 2 biji..." Alhamdulilah, Thanks Ct kerana sudi order...