Thursday, March 31, 2011

Slice cheese cake

Salam...semua, sebenarnya sudah lama mama ambil resepi ni dari sumber asal, cuma tidak berkesempatan je untuk mencuba. Bila buka peti ais, barang semua cukup, maka laju je tangan ni untuk mencuba. Gambar yang ni adalah percubaan kali kedua, percubaan kali pertama tak jadi..haha...nampak macam senang, tapi silap sikit je keknya bantat. Walaubagaimanapun, percubaa kedua ni walaupun tidak berapa cantik rupanya [sebab mama bakar dalam aluminium foil petak ] namun rasanya yumm..yumm. InsyaAllah akan ada susulan lagi selepas ini...

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair.
kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi
meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese
tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila,
gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan
dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,
gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara
bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi
mencubanya.

0 comments:

Post a Comment