Showing posts with label Kongsi resepi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi resepi. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Slice cheese cake

Salam...semua, sebenarnya sudah lama mama ambil resepi ni dari sumber asal, cuma tidak berkesempatan je untuk mencuba. Bila buka peti ais, barang semua cukup, maka laju je tangan ni untuk mencuba. Gambar yang ni adalah percubaan kali kedua, percubaan kali pertama tak jadi..haha...nampak macam senang, tapi silap sikit je keknya bantat. Walaubagaimanapun, percubaa kedua ni walaupun tidak berapa cantik rupanya [sebab mama bakar dalam aluminium foil petak ] namun rasanya yumm..yumm. InsyaAllah akan ada susulan lagi selepas ini...

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair.
kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi
meringue.
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese
tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila,
gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan
dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit,
gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara
bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi
mencubanya.

Sunday, August 8, 2010

Pudding Strawberry


Jom kita cuba resepi ni untuk sajian berbuka puasa bersama keluarga.....emmm memang best bila makan dalam keadaan sejuk...yum2

Bahan :

1. 1 (7gm) bungkus agar-agar putih
2. 400 ml susu tawar cair rendah lemak
3. 150 ml santan cair
4. 150 gm gula pasir
5. 100 gm strawberry, potong-potong
6. 1 sdt pasta stroberi/pewarna merah

Cara Membuat :

1. Campurkan agar-agar dalam susu tawar cair dan santan, kacau rata. Rebus, hingga
mendidih. Tambahkan gula dan vanilla pasta, kacau rata. Didihkan kembali. Angkat.
2. Bagi adunan menjadi dua bahagian. Tambahkan pasta stroberi pada salah satu bahagian dan
biarkan putih pada bahagian lainnya.
3. Siapkan gelas saji atau cetakkan pudding. Beri beberapa potong strawberry, tuang adunan
merah hingga separuh lebih dari tinggi gelas/cetakkan. sejukkan hingga mengeras.
4. Tuang adonan putih hingga gelas penuh, dinginkan kembali. Sajikkan dingin.

(Resepi dari Saudara Rudy)

Thursday, August 5, 2010

Home made Ice Cream

Resepi ni mama ambik dari kak ida, Kak ida ni dah kira otailah dalam bidang bakery ni....boleh ye kak ida kita kongsi-kongsi dapat pahala he..he..

1] Ice Cream Oreo
2] Ice Cream Strawberry cheese cake


resepi nie dia buat tau.....
Ice Cream Strawberry Cheese Cake
Bahanya:-
1 cawan susu segar perisa strawberry
1 cawan coffee mate atau susu tepung
½ sudu besar strawberry paste
80 grm cheesecake-dipotong kuib.
Caranya :-
- Masukkan susu segar, coffeemate, paste kedalam blender – selamat 3 minit.
- Masukkan cheesecake – blenderkan sekejap
- Bekukan semula selama 8 jam or semlm , hidangkan bersama dengan buah strawberry dan cheesecake yang dipotong kuib

Ice Cream Oreo
Bahanya
1 cawan susu sega
3 sudu besar gula halus
1 cawan coffee mate/ susu tepung
3 sudu besar serbuk oreo
1 sudu teh esen vanilla

Caranya :
Masukkan susu, coffeemate, gula ,esen vanilla kedalam blender selama 3 minit
Masukkan serbuk oreo dan kacau sebati baru dibekukkan selama 8 jam or semlm.
Hidangkan bersama2 dengan biskut oreo .