Showing posts with label Cup cake. Show all posts
Showing posts with label Cup cake. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Cup cake strawberry, cup cake doorgift dan coklat moist cake







Semua ini tempahan daripada Syuhada untuk meraikan majlis pertunangannya pada 20 Okt 2013 yang lepas. Thanks a lot Syuhada! Cup cake strawberry tu sungguh mengiurkan semua orang yang memandangnya...

Cup cake hari lahir




Cup cake untuk meraikan majlis hari lahir tempahan daripada Mai Peserai Batu Pahat. Tq

Wednesday, July 3, 2013

Tempahan hari Bapa





Tarikh tempahan : 20 Jun 2013
Jenis tempahan : 25 pcs cup cake + fresh fruit (anggur&kiwi) dan 50 pcs coklat lolichoc oreo
Tempahan daripada Nora yang berada di Puchong untuk bapanya.

Monday, June 17, 2013

MU cup cake




Tarikh tempahan : 23 Mei 2013
Jenis tempahan : 12 pcs cup cake coklat moist dengan edible MU dan tulisan fondant.
Tempahan adik manis Nomey untuk "suprisekan" suaminya papa. Thanks dik!

Tuesday, May 28, 2013

Cup cake untuk Sekolah Tahfiz.






Tarikh Tempahan : 20 April 2013
Jenis order : Cup cake + fresh cream + fondant
Tempahan daripada kak Halimah yang tinggal di Singapura untuk sambutan hari jadi anak perempuannya  Saodah yang ke 17 tahun. Anak kak Halimah ni sedang menuntut di  di salah sebuah sekolah tahfiz di Batu  Pahat. Terima kasih banyak kak Halimah.

Sunday, March 31, 2013

Hantaran hati





Tarikh Tempahan : 22 Mac 2013
Nama : Fatihah
16 pcs cup cake hantaran 
Tema merah hitam
Hiasan buttercream, fondant &strawberry 

Saturday, October 6, 2012

Cup cake pertunangan






      Terima kasih adik Oggy ( panggilan di fb) atas tempahan cup cake diatas.  Walaupun tempahan ini dikira sebagai 'last minit' namun alhamdulillah dapat juga disempurnakan.  Seram jugak, tempah hari Rabu naknya hari Jumaat. Nasib Oggy bagi contoh gambar dan selebihnya diserahkan kepada mama . Banyak jugak yang mama tambah jika gambar contoh cuma ada bunga rose sahaja. Terima kasih adik siap bagi extra Rm15 lagi, alhamdulillah..... yang paling best adik suka :)

Friday, January 27, 2012

Selamat Bertunang Syafa & Shaiful...



Assalammualaikum...alhamdulillah kembali bersiaran setelah hampir sebulan mama berehat. 'Berehat' bukan bermaksud bercuti, cuma berehat daripada mengemaskinikan blog je...
Pertamanya sibuk menyiapkan album-album pengantin, maklumlah hujung tahun, kedua sibuk mengurus si kakak tu dah mula sekolah tadika dan hujung minggu pula sibuk dengan tempahan kek dan aktiviti keluarga. Mohon maaf sangat kepada semua pelanggan Mama Nur, yang mana menempah secara online, mama tak sempat baca, tapi mana yang terus menelefon mama sendiri alhamdulillah dapat dilayan. Syukur sangat pada Allah, walaupun dah sebulan tak sempat jenguk kedai online tapi rezeki dalam bidang ini masih tidak putus-putus. Setiap hujung minggu je ada tempahan kek kahwin....insyaAllah selagi kita berusaha selagi itulah Allah akan sentiasa menurunkan rahmat kepada hamba-hambanya. Mama doakan semoga 'rakan-rakan bakers' pun begitu juga ya...amin. Oh ya kembali kepada gambar diatas tempahan daripada regular customers mama uji dari Terengganu untuk hantaran adik perempuannya Syafa. Selamat bertunang ya Syafa & Shaiful...semoga jodoh kalian berkekalan ke jinjang pelamin...amin. Thanks ya uji :)!


Saturday, June 25, 2011

Cup cake stawberry order daripada Halimah




55 pcs cup cake strawberry dengan hiasan coklat tempahan daripada cikgu Halimah dari Muar untuk diberikan kepada rakan-rakan cikgu di sekolahnya kerana beliau akan berpindah ke sekolah baru. Terima kasih ya Halimah sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk ambil cup cake ini. Semoga pemberian ini memberikan kenangan yang paling manis buat diri Halimah.

Sunday, June 12, 2011

Cup kek hantaran Ziela





16 pcs Cup cake hantaran tema pink putih
tempahan daripada Ziela untuk majlis perkahwinannya

Thanks ziela..

Saturday, March 26, 2011

Cup cake




Masih lagi tempahan daripada Irwani, 12 pcs cup cake, 6 buttercream dan 6 fresh cream. Hari tu Irwani tempah 6 edible dan 6 hot mama cherry. Kali ni sama cuma bezanya dia nak gantikan buah cherry dengan kepingan coklat.

Tuesday, March 15, 2011

Hot mama cherry & edible Pohh cup cakes



Tempahan kali ke-3 daripada Irwani untuk makan-makan buat anak-anak tersayang. Irwani minta 6 edible upin ipin dan 6 hot mama cherry, tapi sayang masa mama sampai kedai edible upin ipin pula habis jadi terpaksa tukar kepada edible lain. Jadi mama pun pilih edible Pohh...cantik pula tengok warna biru tu..sejuk je mata sampai anak sendiri pula beriya-iya nak satu. What ever thanks a lot Irwani!

Monday, March 14, 2011

Cup cakes kereta untuk..adik Haikal



Tempahan daripada Hanizam dan Ct untuk anak mereka Haikal. Baba dia kata Haikal suka gambar kereta warna hijau, biru dan merah. Semuanya 12 pcs cup cakes yang dihias dengan buttercream dan jelly. Selain ada gambar kereta uncle amy siap lukiskan kereta kebal dan aunty tambah kereta api. Mama sms Ct tanya macam mana cup cakes ok ke? dan jawapan Ct " Ok. Nice. Sedap. Haikal sekali makan 2 biji..." Alhamdulilah, Thanks Ct kerana sudi order...

Tuesday, March 1, 2011

Cup cake tema biru putih



Tempahan ini permintaan daripada dik Te'a yang belajar di KUiTHHO. Mula-mula Te'a minta mama buatkan tema elektrik, tapi akhirnya tukar kepada tema biru putih. Harap Te'a berpuas hati, kerana ketika menyiapkan cupcake ni mama tengah demam. Tapi semangat tetap kuat sebab suka dengan warna temanya biru. Terima kasih ya.

Saturday, November 20, 2010

Order from Irwani


Tempahan daripada cikgu Irwani untuk Aidiladha, 6 pcs edible cup cake, 6 pcs chocolate fancy, Chocolate marble dan 2 box coklat. Terima kasih Irwani kerana sudi menempah.