Saturday, March 24, 2012

Wedding cake dengan tema Ladybird





1kg Coklat Moist Cake + layer blueberry + hiasan dengan fresh cream dan fondant ladybird
35 pcs cup cake

Istimewa kek ini untuk pasangan pengantin dari Parit Raja Miss Kiah dan suami. Alhamdulillah kami dapat merealisasikan impian Miss Kiah dengan tema ladybird dan garden di hari bahagianya. Semoga Miss Kiah suka!

Kek besday buat hubby tersayang


1 kg coklat moist mewah + fresh cream + hiasan dengan dark coklat

Tempahan daripada regular customers mama Uji khas untuk suaminya yang tersayang. Thanks uji . Maaflah baru sempat mama upload .

Sunday, March 11, 2012

Cheez Cake Special










2 kg Cheez cake clasic + blueberry + fresh cream + fresh fruit + chocolate



Happy Besday Muadz, Yasmin and aunty Anum!!
Sememangnya benar-benar istimewa mama buatkan untuk kalian semua :)
Terima kasih atas tempahan yang ke 6 kali.



Sunday, March 4, 2012

Red Velvet Cake







2 kg red velvet cake + 20 pcs red velvet cup cake


Tempahan daripada Ani untuk pasangan pengantin Aida Hani & Firdaus Hardi untuk majlis perkahwinan yang berlangsung pada 3 Mac 2012 di Kg Batu Putih, Batu Pahat. Terasa seronok sangat mendeco kek ini walaupun amani sibuk mengacau untuk sama meletakkan gula love merah itu. Ucapan terima kasih pada Ani yang sudi menempah dan sahabat mama Rawidah yang sudi bagi tips-tips yang berguna sebelum buat kek rv ni.






Sunday, February 26, 2012

Khidmat mereka bentuk banting dan banner






Contoh banting

Assalammualaikum kepada semua pelanggan dan juga rakan bakers...


Disini suka untuk diwar-warkan bahawa kami ada menawarkan perkhidmatan untuk mereka bentuk banting, banner, pamplet atau flyers dan logo untuk tujuan mempromosikan produk-produk yang kalian keluarkan. Inisiatif ini diambil setelah saya memerhatikan bahawa ramai pengusaha-pengusahan Melayu yang mempunyai produk-produk yang bagus untuk dipasarkan dipasaran namun banyak kekurangan dari segi penjenamaan (labeling) dan persembahan (presentation) kepada pelanggan. Pada pendapat saya kedua-dua faktor ini sangat penting dalam membantu mempromosikan produk yang dikeluarkan kerana ' first impression was very important' iaitu penilaian pertama mereka adalah berdasarkan pandangan mata dahulu kemudian barulah mereka tertarik untuk membeli dan merasa.
Tambahan lagi ramai pengusaha-pengusaha Melayu hari ini hanya berniaga secara online di blog-blog dan facebook, maka dengan persembahan produk yang menarik insyaAllah akan membantu menarik lebih ramai pembeli. Malah harga yang kami tawarkan juga sangat-sangat berpatutan dan lebih murah daripada harga di kedai.


Jika berminat untuk menggunakan khidmat kami sila hubungi ditalian 0197655837 (Liza) atau inbox difb untuk dapatkan 'quotation harga' yang kami tawarkan. InsyaAllah kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda.


Bagi pelanggan-pelanggan yang berada jauh atau luar kawasan Jb atau Batu Pahat, kami menyediakan khidmat secara e-mail dan pos. Terima kasih.












Sunday, February 19, 2012

Iklan sekejap....



Salam semua...

Hari ni tak nak cakap pasal kek tapi nak cakap pasal fotografi pulak. Tumpang iklan ya sekejap Mama Nur Bakery. Mungkin ramai yang masih tak tahu, sebenarnya perkhidmatan utama kami adalah 'wedding photography' maaf ya speaking pula kejap. Jadi disini suka sangat kami war-warkan bahawa tempahan fotografi untuk bulan Mac, April, Mei dan Jun telah dibuka sekarang. Lebih menarik lagi bagi 5 pasangan pengantin yang 'booking' awal dan mengambil Pakej Istimewa kami akan mendapat hadiah 30 pcs tiramisu untuk santapan meja makan damai sumbangan dari Mama Nur Bakery. Wah bestnya...nak dengar lagi best Pakej Istimewa ini pula selain mendapat kualiti custom album, frim 8 x 12 serta dvd unlimited shoot, mereka juga dapat percuma 1 album sticky bersama 100 pcs 4r yg telah diedit. Jadi sangat-sangatlah bertuahnya pasangan pengantin yang terpilih. Jadi sekiranya, ada bakal-bakal mempelai yang masih tercari-cari jurugambar tu, janganlah lepaskan peluang ini, segera hubungi kami ditalian 017 7000 540 / 019 7655 837 untuk tempahan. Oh ya perkhidmatan kami tertakluk pada kawasan sekitar JB, Batu Pahat dan Muar sahaja. Terima kasih..

Thursday, February 16, 2012

600 cup tiramisu order dari kak izan










Salam semua, tempahan kali ketiga daripada kak izan di BBU. Mula-mula 100 cup, lepas tu 300 cup dan yang ketiga 600 cup. Rupa-rupanya kak izan ni orang katering, dia order tiramisu mama ni untuk dihidangkan pada majlis pendaftaran pelajar-pelajar di Newcastle University Medicine Malaysia, Nusajaya. Masa mama dan suami pergi hantar tempoh hari, sempatlah pusing-pusing U tu, memag class tempatnya. Rupa-rupanya pelajar-pelajarnya berbilang bangsa dari seluruh dunia, patut pun nak pencuci mulut ala-ala barat kononnya hehe...

Walaubagaimana pun thanks a lot kat kak izan, harap lepas ni dapat berterusan order dari akak lagi ya. Terima kasih sudi rasa cheese cake mama, alhamdulillah sedap katanya..Next time boleh order 600 pcs cheese cake blueberry pula ya...