Friday, April 1, 2011

Black Forest Cream




Alhamdulillah percubaan pertama mama untuk membuat black forest ni berjaya. Hujung minggu lepas pergi menuntut dan hujung minggu ni terus buat. Kalau lambat-lambat cuba nanti lupa semua ilmu yang diajar sifu hehe....ada 4 lagi resepi yang belum dicuba. Bukan tidak sempat, tapi setiap resepi semua perlu mengeluarkan kos tertentu, jadi mama cuba yang mana bahan-bahan telah tersedia ada dirumah dulu...jimat sikit. Maklumlah harga barangan sekarang semua mahal...jadi kadang-kadang kita kena bijak hehe....Setelah buat sendiri kek ini baru mama tahu bahawa yang selama ini kalau kita beli kek black forest ni di kedai non-muslim, kemungkinan besar mereka akan meletakkan alkohol untuk menaikkan rasa gas pada kek ini. Berhati-hati ya..walaubagaimana khas buat family tercinta selamat menjamu selera...black forest ni!!

3 comments:

good.byk kek dh ko blajar...tak terkejar aku...masa sgt limited :)

to sophia- ermm memang yummy bila makan sejuk-sejuk sebab guna fresh cream jadi tak muak sangat.Untuk kurangkan rasa manis fresh cream tu gigitlah strawberry yang masam tu... hehe
akak berapa kali masuk blog sophia nak tulis komen je reject nape ek?

to ratu siput-tak pelah pelan-pelan ya nanti dah pencen boleh cuba macam-macam resepi...ko pun sama ta, berapa kali nak tulis komen je, reject..geram tul aku

Post a Comment