Showing posts with label Buttercream cake. Show all posts
Showing posts with label Buttercream cake. Show all posts
Sunday, December 12, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Happy birthday Diamond.....




Kek pink dengan hiasan coklat mickey ini ditempah oleh kawan lama mama, Suhana untuk anak perempuanya yang digelar dengan panggilan manja ' Diamond'. Comel, dan seputih salju orangnya. Mungkin sebab itulah digelar Diamond agaknya. Sebenarnya, Su minta untuk hantar kek ini pagi-pagi di tempat kerjanya. Tetapi, nak dijadikan cerita kereta mama yang berhenti sementara untuk membeli sarapan tiba-tiba berasap. Tengok-tengok rupanya cooler bocor. Jadi terpaksalah mama call Su untuk ambil sendiri. Minta maaf ye Su, halangan datang tiba-tiba, tak boleh nak buat apa-apa. Apa pun Happy birthday Diamond! yang pertama, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Hehe.... Su kata kek ini lebih besar daripada anaknya semasa memotong....
Monday, October 18, 2010
Supprise for Nad!


Happy besday to my best friend Nadia. Sebenarnya tak ada rancangan nak buat kek ni pada awalnya....saja tangan ni tiba-tiba gatal nak deco kek buttercream. Secara kebetulan pula pada 15 Okt hr tu besday Nad dan dia sekeluarga balik BP. So mama pun deco khas kek itu buat dia supaya kita boleh makan sama-sama. Kek ini sangat istimewa sebab kali pertama mama buat choc moist + filing cocktail + topping blueberry...yumm2 boleh tahan jugak rasanya. Terima kasih pada tetamu jemputan kita pada malam tu Wida sekeluarga.














