Saturday, April 30, 2011

Oreo cheese cake...





1 kg oreo cheese cake + topping blueberry + hiasan buah segar strawberry
Semua orang tengok cheese cake ni geram, termasuklah semua isi rumah ....hanya mampu menjeling je mereka..ahaaa..sabor ya ni customers punya..hehe..
siapa yang order? nama tak tanya pula, tapi kawan kepada ummi wieda . Tempahan last minit ni, untuk hantaran perkahwinan. kek ni cukup gebu..yumm.yumm

Apam polka dot



Apam polka dot @ baby dinasour @ cendawan beracun..bendanya sama je..apam yg comel inilah!
Ada 5 filling coklat/strawberry/blueberry/kaya/kelapa
Sedia menerima tempahan mengikut tema warna perkahwinan...
berminat rojer mama ya 019-7655837

Thursday, April 28, 2011

Istimewa buat Yayah...





1kg++ Chocolate moist + buttercream + jelly + jelly+ animals fondant

Kek istimewa ini ditempah oleh Nadya kawan sekerja suami mama dan dia juga merupakan pengantin kami. Ringkas je perbualan dengan Nadya ditelefon, minta mama buat kek coklat moist dihias dengan buttercream untuk hari jadi Yayah, anak saudaranya yang berusia 8 tahun. Tapi mama saja nak buat kejutan sikit untuk dia dengan menambah 'efffect' air kolam, rumput,batu-batu tebing daripada coklat keping dan tidak lupa animal fondant seperti gajah dan panda. Sempat juga mama bertanya dengan Nadya bagaimana dengan kek, ok ke? dan jawapan Nadya" Semua kata kek tu lain daripada lain"
alhamdulillah...terima kasih ya sudi order.

Monday, April 25, 2011

Coklat adalah anugerah Allah sebagai penawar penyakit....



Wanita Hari Ini membincangkan tentang khasiat coklat. Sebelum ini ramai yang salah sangka pada coklat. Mari kita berkongsi....

Siapa suka makan coklat?, saya!. Tapi kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai coklat hitam yang saya baca di internet. Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-

* Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung.

* Memperbaiki fungsi sel endothelial

* Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang

* Mengurangkan tekanan darah tinggi

* Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah

* Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan

Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.

Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat,

Coklat hitam turut mempunyai kafein didalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

Minnie mouse cake for Hanis





1 kg chocolate moist cake + edible minnie mouse + chocolate wording
24 pcs lolichoc

Tempahan daripada lin , kakak ipar sofya. Sofya ni mama punya best friends tau...kita orang kenal kat fb je, lama-lama jadi rapat. Mama buat bakery dan sofya pula menerima upah merekabentuk barang-barang hantaran. Sesiapa yang nak menempah hantaran atau bunga telur boleh calling-calling Sofya ya, blog dia ada link dengan blog mama di bahagian relax jap. Rupanya kakak ipar Sofya ni tinggal jauh di Kota Tinggi namun dia nak sangat tempah kek Hanis dengan mama. Kebetulan mama pun memang turun Jb, jadi rasanya tiada masalah mama buatkan. Kitaorang janji jumpa di depan pasar smart . Rupanya kek dan lolichoc ni nak dibawa ke taska Hanis hari ni (Isnin). Terima kasih ya Kak Lin sudi order, harap -harap Hanis suka kek minnie ni :)

Friday, April 22, 2011

Tiramitsu lagi...dan lagi...





Alhamdulillah semua tempahan tiramitsu telah selamat dihantar kepada tuannya.....
tu pun last minit mama dah sampai JB masih ada lagi yang tanya-tanya ada bawa lebih tak, alamak ...mama bawa cukup-cukup je, jadi siapa yang tak tempah awal-awal memang tak dapat...minta maaf ya, next time inform awal ya...
Setakat ni...kebanyakkan komen yang diterima cukup positif...
Sofya:'' sedappp....abang kata tak sia-sia beli''
Irwani:'' Sedaplah liza...oklah tak manis sangat''
Intan: ''Sedap.......!p
Anum: '' Sedapp"
tq semua...insyaAllah kalau ada apa2 komen membina sms atau inbox je mama kat fb akan diperbaiki lagi mutu produk k, tq:)

Thursday, April 21, 2011

Tiramitsu yang telah siap sedia untuk dihantar..




Sejuk lagi dari peti ais ni....alhamdulillah baru minggu lepas mula perkenalkan produk baru ni, minggu ni dah berderet-deret order. Kebanyakkan order datang dari Batu Pahat dan Johor Bahru. Flavour yang menjadi kesukaan strawberry dan coklat. InsyaAllah hari Sabtu ni mama akan deliver semua tempahan ke Jb...tunggu ye warga Jb.

Oreo lolichoc ...pink & putih





Oreo lolichoc tempahan daripada kakak ipar Sofya yang tinggal di Kota Tinggi. Lupa pula, mama nak tanya Sofya siapa nama kakak ipar dia ni. Semua lolichoc ni dengar kata nak dihantar ke taska Hanis untuk diberi pada kawan-kawan satu sekolah. Semoga adik anis suka :)
Oh ya adik Hanis order kek birthday sekali, tapi mama belum buatkan pada masa ni.

Monday, April 18, 2011

Promosi....this week only!!


layer with fresh strawberry


layer with black cherry
Flavour:
Strawberry/blueberry/coklat/pic/kiwi

Tiramitsu lagi...






Tiramitsu.....ermmm memang betul-betul sedap, tak caya tanya orang yang dah makan, mesti nak..dan nak lagi. Kali ni mama buat 2 flavour strawberry dan blueberry. Hari tu turun Jb dapat shopping kat Jusco tebrau tu yang dapat beli strawberry murah-murah tu...eeee seronok sangat dapat buah ni, memang niat nak buat banyak-banyak tiramitsu strawberry. Rupa-rupanya satu rumah suka, buat sekejap je licin. Ni pun mama nyorok-nyorok sikit, yelah simpan sikit untuk makan esok-esok hari., maklumlah cuaca tengah panas laju jelah...hehe

Sunday, April 17, 2011

Nur Mardiah Maisarah...besday!




1 kg ++ coklat moist+buttercream+jelly+coklat
Kek istimewa ini ditempah oleh adik Mardiah untuk dibawa ke taska sempena besdaynya pada hari esok iaitu 18 April 2011. Alhamdulillah, gigih betul mama nak menyiapkan kek ini. Dengan menggunakan warna yang agak fancy sikit namun tidak keterlaluan, ermm just nice warna biru tu pada mata mama. Entahlah kebelakangan ini suka sangat guna warna biru...sejuk je mata memandang.... Sewaktu hantar ke rumahnya tadi lebih kurang pukul 12.00 malam, adik Mardiah masih belum tidur begitu excited dia menunggu kek ini sampai. Maklumlah besok nak sambut ramai-ramai dengan kawan-kawan di taska....

Wednesday, April 13, 2011

Bengkel Membuat Coklat kali ke-3 di JB


New! apam polka dot




Jom makan apam..
Terdapat 5 perisa inti
i) Blueberry
ii) Strawberry
iii) Coklat
iv) kaya
v) kelapa

Tuesday, April 12, 2011

Strawberry Tiramitsu



Memang dah lama nak makan tiramitsu ni, ramai orang kata sedap..tu yang mesti dicubakan hehe...sikit-sikit mama cari barang simpan, sebab ada setengah barang susah bak cari kat BP ni bila balik Jb je tu yang pergi cari semua tu...lagi pun kat sini mahallah berganda-ganda...ok-ok balik cerita pasal tiramitsu ni, maka malam tadi ada sedikit kelapangan maka percubaan pertama dilakukan..buat pun dah pukul 1o malam, jadi nak makan pun tak sejuk lagi, lepas snap gambar je [ namun tidak puas hatilah gambar kali ni tak beberapa cantik ] terus hidang depan mak mentua...haaaa baru betul-betul nak minta komen, dalam hati kata mesti dia tak suka maklumlah ada cream cheese orang veteran ni kadang-kadang tidak beberapa suka, namun bila dia rasa sesudu, disenduk lagi sesudu....ikh..ikh...ikh sedaplah tu....Lulus! :) alhamdulillah...tidak sabar nak menikmati bersama-sama yang lain tengah hari ni, maklumlah tunggu adik-adik balik dari sekolah...

Monday, April 11, 2011

Kelas cup cake dan buttercream di Jb

Our class at Pohon Minda Studio, ruang yang luas, selesa dan berhawa dingin.




Bersungguh-sungguh untuk membuat bunga ros daripada buttercream.


Kelas pertama cup cake dan buttercream berjalan dengan cukup lancar. Bermula daripada pukul 2.00 dan habis ngam-ngam pukul 5.30 petang. Sebenarnya mama hampir-hampir untuk membatalkan kelas ini, namun kerana kesungguhan ika menelefon untuk hadir bersama kawannya ira, maka mama pun teruskan. Sepatutnya kelas cup cake kali ini dihadiri 3 orang, tetapi disaat akhir wani peserta yang ketiga tiba-tiba ada hal. Maka wani minta untuk hadir pada kelas akan datang. Mama kagum dengan kesungguhan ira dan ika ini, semangat mereka datang dari jauh untuk belajar.