Monday, April 25, 2011

Coklat adalah anugerah Allah sebagai penawar penyakit....



Wanita Hari Ini membincangkan tentang khasiat coklat. Sebelum ini ramai yang salah sangka pada coklat. Mari kita berkongsi....

Siapa suka makan coklat?, saya!. Tapi kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai coklat hitam yang saya baca di internet. Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-

* Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung.

* Memperbaiki fungsi sel endothelial

* Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang

* Mengurangkan tekanan darah tinggi

* Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah

* Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan

Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.

Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat,

Coklat hitam turut mempunyai kafein didalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

0 comments:

Post a Comment