Friday, January 27, 2012

Selamat Bertunang Syafa & Shaiful...



Assalammualaikum...alhamdulillah kembali bersiaran setelah hampir sebulan mama berehat. 'Berehat' bukan bermaksud bercuti, cuma berehat daripada mengemaskinikan blog je...
Pertamanya sibuk menyiapkan album-album pengantin, maklumlah hujung tahun, kedua sibuk mengurus si kakak tu dah mula sekolah tadika dan hujung minggu pula sibuk dengan tempahan kek dan aktiviti keluarga. Mohon maaf sangat kepada semua pelanggan Mama Nur, yang mana menempah secara online, mama tak sempat baca, tapi mana yang terus menelefon mama sendiri alhamdulillah dapat dilayan. Syukur sangat pada Allah, walaupun dah sebulan tak sempat jenguk kedai online tapi rezeki dalam bidang ini masih tidak putus-putus. Setiap hujung minggu je ada tempahan kek kahwin....insyaAllah selagi kita berusaha selagi itulah Allah akan sentiasa menurunkan rahmat kepada hamba-hambanya. Mama doakan semoga 'rakan-rakan bakers' pun begitu juga ya...amin. Oh ya kembali kepada gambar diatas tempahan daripada regular customers mama uji dari Terengganu untuk hantaran adik perempuannya Syafa. Selamat bertunang ya Syafa & Shaiful...semoga jodoh kalian berkekalan ke jinjang pelamin...amin. Thanks ya uji :)!


2 comments:

tq kak.. cantik cupckaes tu..

sama-sama shafa....gembira sbb awak suka!

Post a Comment