Alhamdulillah siap jugak akhirnya kek ini walaupun banyak kontroversi. Kontroversi??? ushh...bunyi pun dah seram je dengar ya. Itulah mula-mula sekali mama nak minta maaf banyak-banyak pada adik Natasha ni , jika ada sebarang kekurangan pada kek yang di idam-idamkan ini. Sebenarnya agak susah jugak mama dan suami untuk menyiapkan kek ini terutamanya pada bahagian kasut tu. Ibarat kata orang Melaka 'Poning den nak mikir ni haa..."Mungkin faktor berikut merupakan antara sebab musabab kekurangan itu. Pertama sekali mama hanya dibekalkan dengan 2 keping gambar, itupun gambarnya agak gelap dan tidak jelas. Yang keduanya, mama tidak dapat berurusan terus dengan pihak Natasha, hanya melalui kawan mama sebagai orang tengah. Maka selepas 2 hari mikir jadilah seperti gambar diatas, Maaflah jika kek yang siap tidak seperti yang diimpikan. Walaubagaimanapun, mama bersyukur sangat, dan mengganggap ini sebagai satu pengalaman yang berguna untuk masa hadapan.
What ever to adik Natasha Happy sweet 16, semoga berjaya dalam pelajaran....!
0 comments:
Post a Comment