Sunday, February 26, 2012

Khidmat mereka bentuk banting dan banner






Contoh banting

Assalammualaikum kepada semua pelanggan dan juga rakan bakers...


Disini suka untuk diwar-warkan bahawa kami ada menawarkan perkhidmatan untuk mereka bentuk banting, banner, pamplet atau flyers dan logo untuk tujuan mempromosikan produk-produk yang kalian keluarkan. Inisiatif ini diambil setelah saya memerhatikan bahawa ramai pengusaha-pengusahan Melayu yang mempunyai produk-produk yang bagus untuk dipasarkan dipasaran namun banyak kekurangan dari segi penjenamaan (labeling) dan persembahan (presentation) kepada pelanggan. Pada pendapat saya kedua-dua faktor ini sangat penting dalam membantu mempromosikan produk yang dikeluarkan kerana ' first impression was very important' iaitu penilaian pertama mereka adalah berdasarkan pandangan mata dahulu kemudian barulah mereka tertarik untuk membeli dan merasa.
Tambahan lagi ramai pengusaha-pengusaha Melayu hari ini hanya berniaga secara online di blog-blog dan facebook, maka dengan persembahan produk yang menarik insyaAllah akan membantu menarik lebih ramai pembeli. Malah harga yang kami tawarkan juga sangat-sangat berpatutan dan lebih murah daripada harga di kedai.


Jika berminat untuk menggunakan khidmat kami sila hubungi ditalian 0197655837 (Liza) atau inbox difb untuk dapatkan 'quotation harga' yang kami tawarkan. InsyaAllah kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda.


Bagi pelanggan-pelanggan yang berada jauh atau luar kawasan Jb atau Batu Pahat, kami menyediakan khidmat secara e-mail dan pos. Terima kasih.












Sunday, February 19, 2012

Iklan sekejap....



Salam semua...

Hari ni tak nak cakap pasal kek tapi nak cakap pasal fotografi pulak. Tumpang iklan ya sekejap Mama Nur Bakery. Mungkin ramai yang masih tak tahu, sebenarnya perkhidmatan utama kami adalah 'wedding photography' maaf ya speaking pula kejap. Jadi disini suka sangat kami war-warkan bahawa tempahan fotografi untuk bulan Mac, April, Mei dan Jun telah dibuka sekarang. Lebih menarik lagi bagi 5 pasangan pengantin yang 'booking' awal dan mengambil Pakej Istimewa kami akan mendapat hadiah 30 pcs tiramisu untuk santapan meja makan damai sumbangan dari Mama Nur Bakery. Wah bestnya...nak dengar lagi best Pakej Istimewa ini pula selain mendapat kualiti custom album, frim 8 x 12 serta dvd unlimited shoot, mereka juga dapat percuma 1 album sticky bersama 100 pcs 4r yg telah diedit. Jadi sangat-sangatlah bertuahnya pasangan pengantin yang terpilih. Jadi sekiranya, ada bakal-bakal mempelai yang masih tercari-cari jurugambar tu, janganlah lepaskan peluang ini, segera hubungi kami ditalian 017 7000 540 / 019 7655 837 untuk tempahan. Oh ya perkhidmatan kami tertakluk pada kawasan sekitar JB, Batu Pahat dan Muar sahaja. Terima kasih..

Thursday, February 16, 2012

600 cup tiramisu order dari kak izan










Salam semua, tempahan kali ketiga daripada kak izan di BBU. Mula-mula 100 cup, lepas tu 300 cup dan yang ketiga 600 cup. Rupa-rupanya kak izan ni orang katering, dia order tiramisu mama ni untuk dihidangkan pada majlis pendaftaran pelajar-pelajar di Newcastle University Medicine Malaysia, Nusajaya. Masa mama dan suami pergi hantar tempoh hari, sempatlah pusing-pusing U tu, memag class tempatnya. Rupa-rupanya pelajar-pelajarnya berbilang bangsa dari seluruh dunia, patut pun nak pencuci mulut ala-ala barat kononnya hehe...

Walaubagaimana pun thanks a lot kat kak izan, harap lepas ni dapat berterusan order dari akak lagi ya. Terima kasih sudi rasa cheese cake mama, alhamdulillah sedap katanya..Next time boleh order 600 pcs cheese cake blueberry pula ya...




Saturday, February 11, 2012

Ben 10 Cake





2 kg coklat moist + edible Ben 10 + Fresh cream + almond slice + coklat + fondant cartoons

Tempahan dari kak Ayu, rakan suami untuk anaknya Danish yang berusia 6 tahun. Selamat hari lahir Danish! ermm...nak sambut di sekolah bersama kawan-kawan rupanya. Semoga jadi anak yang soleh ya!



Sunday, February 5, 2012

Promosi minggu ini!!





Set II



Set III



Set I




Assalammualaikum....salam Februari


Promosi dari dapur Mama Nur Bakery minggu ini,
Tiramisu in party set. Terdapat 3 set kesukaan seperti dibawah ini dengan harga yang cukup berbaloi bagi penggemar tiramisu kami. Jangan lepaskan peluang!

hanya untuk minggu ini sahaja

[Isnin 6 Feb - Ahad 12 Feb]


Set I : 9 cup strawberry hanya RM28 sebelum ini RM30

Set II : 9 cup coklat hanya RM23 sebelum ini RM25

Set II : 9 cup boleh mix perisa coklat & strawberry hanya RM33 sebelum ini RM35

Tempahan sila hubungi mama :019 7655837

atau inbox kami di facebook
Tq :)





























Selamat Ulang Tahun ayah!

1kg Coklat moist dengan layer cheese + coklat ganache + almond slice
+ fresh fruits








2 pasang cucu pengubat hati atok ayah...





Buat ayah tercinta 'Selamat Ulang Tahun yang ke-58 tahun, semoga ayah sentiasa sihat walafiaat, bahagia dan dirahmati selalu....kami anak-anak sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan ayah didunia dan akhirat, amin. Pengorbanan ayah membesarkan kami 6 beradik, sehingga kami semua berjaya dan berkeluarga sememangnya kami tak mampu balas. Terima kasih ayah! kami sayang sangat pada ayah!
























Thursday, February 2, 2012

Wedding cake Hayati & Azmi..








Wedding Cake 3 tingkat

coklat moist + coklat ganache + badam slice + fondant flower


Atas permintaan ida, inginkan kek wedding bukan sahaja cantik dimata tapi sedap bila dimakan. Mama rasa permintaan yang cukup berbaloi, daripada order kek tinggi bertingkat-tingkat tapi harap cantik semata dimata, bila habis majlis akhirnya kek terbiar tiada siapa yang sudi rasa kerana semua dah jemu dengan rasa muak krim...Namun semua ini bergantung kepada cita rasa masing-masing, tepuk dada tanyalah selera. Cuma peristiwa diatas acap kali kita nampak dimajlis-majlis kahwin kan?

Okey, apapun terima kasih banyak -banyak pada ida dan keluarga serta pada adik Talhah yang sudi rekmenkan ida pada mama.



Blueberry Cheese with love shape...




2 kg Blueberry cheese


Tempahan kek hantaran dari orang Rengit, ida untuk adik iparnya Hayati & Azmi Selamat pengantin baru!!