Sunday, July 31, 2011

Nikon D700








Alhamdulillah...akhirnya jadi juga Nikon D700 walau menempuh berbagai ujian masa nak menyiapkan kek ini. Kek ini adalah hasil rekaan bersama suami . 2 minggu awal Miena telah sms mama menanyakan samada mama boleh buat tak kek fondant ini. Sebelum mama terima tempahan daripada miena, awal-awal mama dah tanya encik suami sanggup buat ke tak? Bila dia kata 'bolehlah...tak de masalah' mama pun terus memberi jawapan pada miena 'ok'. Hanya orang yang main kamera saja dapat mengikut detail bentuk kamera ini. Terus terang mama katakan tidak semudah yang dilihat. Percubaan pertama kami menemui kegagalan. Bukan gagal dalam membentuk fondant, tapi sebab tersalah guna jenis warna, akhirnya rupa kek tu agak buruk sekali iaitu seolah-olah warna kelabu tahi anjing...hehe.. Akhirnya pagi tu mama terus telefon kedai yang terdekat bertanya ada stock tak ready made fondant warna hitam..bila dia kata ada, apa lagi terus aje start enjin kereta pergi beli. Tap..tup...tap..tup..pukul 5 petang siap sepenuhnya. Kemas-kemas barang, terus gerak ke Jb....Happy sangat bila miena suka kek ini. Thanks miena! :)




Tuesday, July 26, 2011

Tambahan kuih raya 2011...








Biskut Coklat Cip yang ragup...pastinya

1 balang RM22 sahaja

Tempahan dibuka untuk raya ini...

order 0197655837




Monday, July 18, 2011

Terbaru!! kuih raya lagi..










Salam semua...pelanggan kami yang dihormati,


Semua tempahan kuih raya boleh dibuat dari sekarang sehingga minggu kedua Ramadhan. Kami akan membuat biskut berdasarkan tempahan pelanggan sahaja dan tiada dijual dimana-mana. Maaf sekiranya kami tidak dapat melayan sebarang tempahan 'last minute' anda. Terima kasih kerana memahami.


Jika berminat boleh terus hubungi saya ditalian 019-7655837


atau inbox saya di facebook.

Sunday, July 17, 2011

Close Order

Kepada para pelanggan yang dihormati, maaf kami terpaksa penutup sebentar segala tempahan kek,coklat dan sebagainya sehingga Ramadhan. Walaubagaimanapun semua tempahan kuih raya tetap diterima seperti biasa.

Selamat Bertunang Suhaila...



1 kg Cheese cake blueberry

Su minta mama buatkan 1 kg cheese cake sebagai hantaran hati di majlis pertunangannya di Muar. Maaf ya Su, mama tidak dapat hantar sendiri kek ini kerana ada urusan. What ever "Selamat bertunang !!"

Tiramisu 400cup tempahan dari Kak Azian dari BBU



200 cups strawberry
200 cups chocolate
Alhamdulillah ...apabila dapat panggilan telefon dari kak Azian je, mama dah faham ni mesti nak tiramisu. Sebab kak Azian ini memang suka tiramisu mama, siap 'promote' pada mat saleh. Mat Salleh ke yang makan tiramisu ni kak? yelah kita hidang 'westen food' jadi sebagai pencuci mulutnya kita pilih tiramisu. Hampir dua malam mama menyiapkan tempahan ni, maklumlah buat sorang-sorang. Selamat sampai ke rumah Kak Azian pukul 1.00 pagi...nasib sempat. Esok, pagi-pagi Kak azian nak bawa ke Wilayah Iskandar.Terima Kasih ya kak...

Monday, July 11, 2011

TEMPAHAN KUIH RAYA 2011 dibuka sekarang!!


Semua maklumat akan diupdate dari semasa ke semasa. Terima kasih

Saturday, July 9, 2011

Kelas coklat 17 Jun 2011



Miena
Kak Rahana

Kak Shahila

3 peserta yang telah menyertai kelas coklat di Jb pada 17 Jun 2011 lepas iaitu Kak Rahana, kak Shahila dan Miena. Maaf ya semua baru sekarang mama baru sempat upload gambar kalian. Bukan segaja, tapi akibat terlalu sibuk dengan album -album pengantin yang perlu disiapkan sebelum menjelang Ramadhan dan ditambah pula dengan pc yang sedang rosak...semoga kalian berjaya menghasilkan coklat sendiri selepas ini..selamat Berusaha!!