Sunday, July 31, 2011

Nikon D700








Alhamdulillah...akhirnya jadi juga Nikon D700 walau menempuh berbagai ujian masa nak menyiapkan kek ini. Kek ini adalah hasil rekaan bersama suami . 2 minggu awal Miena telah sms mama menanyakan samada mama boleh buat tak kek fondant ini. Sebelum mama terima tempahan daripada miena, awal-awal mama dah tanya encik suami sanggup buat ke tak? Bila dia kata 'bolehlah...tak de masalah' mama pun terus memberi jawapan pada miena 'ok'. Hanya orang yang main kamera saja dapat mengikut detail bentuk kamera ini. Terus terang mama katakan tidak semudah yang dilihat. Percubaan pertama kami menemui kegagalan. Bukan gagal dalam membentuk fondant, tapi sebab tersalah guna jenis warna, akhirnya rupa kek tu agak buruk sekali iaitu seolah-olah warna kelabu tahi anjing...hehe.. Akhirnya pagi tu mama terus telefon kedai yang terdekat bertanya ada stock tak ready made fondant warna hitam..bila dia kata ada, apa lagi terus aje start enjin kereta pergi beli. Tap..tup...tap..tup..pukul 5 petang siap sepenuhnya. Kemas-kemas barang, terus gerak ke Jb....Happy sangat bila miena suka kek ini. Thanks miena! :)




1 comments:

untung ko sbb ade suami yg punya minat yg sama...besttt...

Post a Comment