

Apakhabar semua? diharap semuanya sihat sejahtera selalu. Alhamdulillah setelah sebulan lebih mama menyepi disebabkan beberapa sebab kini kembali bersiaran semula....
Alhamdulillah....majlis besar dirumah bonda telah selamat selesai 9 Okt lepas iaitu persandingan dua adik lelaki sekali gus..iaitu antara Zam & Anum dan Sahar & Sarah. Mama terpaksa berehat sekejap daripada mengambil sebarang order kerana sibuk dengan persiapan hantaran, door gift dan kek perkahwinan. InsyaAllah mama akan upload gambar-gambar yang sempat dirakam sedikit demi sedikit untuk tatapan semua. Doakan mama sentiasa sihat selalu dan bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerja yang tertangguhkan.
Terima kasih.
Untuk tatapan semua, gambar kek hantaran diatas adalah atas permintaan pengantin sendiri iaitu 2 kg cheese cake blueberry dengan hiasan fresh cream dan buah strawberry. Kedua-dua adik iaitu Zam dan Sahar mama buat sama....supaya adil. Namun sayangnya kek hantaran Sahar mama tak sempat rakamkan disini.
0 comments:
Post a Comment