Sunday, May 15, 2011

Kelas coklat [JB ]- 7 April 2011




Kelas coklat kali ini dihadiri Nor faizlin dan kakaknya Zurina. Faizlin ni betul-betul semangat ingin menyertai kelas kali ni, buktinya dia sanggup turun daripada Kota Tinggi [hehe...nama pun dah Kota yang tinggi jadi kenalah turun betul tak??] ke kelas kami di Pasir Gudang. Cadangan awal sememangnya di sana tapi memandangkan penghawa dingin baru rosak jadi kami terpaksa tukar kelas di Taman Puteri Wangsa rumah kakak mama. Perjalanan kelas lancar memandangkan anak-anak tidur waktu tengahari, cuma cuaca sangat panas hari tu sehingga petang, coklat yang telah siap mula mencair apabila hendak dimasukkan ke dalam bekas. Kesian betul mama tengok, maklumlah sebelum-sebelum ni tak pernah berlaku macam ni...walauapapun terima kasih banyak-banyak kepada mereka berdua. Semoga berjaya selepas ini :)

0 comments:

Post a Comment