Wednesday, February 23, 2011

Kelas coklat


Alhamdulillah...sudah lama mama berhajat untuk membuat kelas coklat, sekarang baru berkesempatan setelah merasa diri ini betul-betul sihat. Kelas pertama ini dibuka untuk pelajar-pelajar sekolah dulu sempena cuti persekolahan penggal I iaitu bermula daripada 12 Mac hingga 20 Mac 2011. InsyaAllah jika sambutan cukup menggalakkan kelas seterusnya akan menyusul. Bagi ibu-ibu yang ingin belajar membuat coklat tetapi terhalang kerana yuran kursus yang agak mahal, bolehlah menghantar anak-anak mereka join kelas mama ni ye...insyaAllah pasti ada manfaatnya ilmu yang diperolehi nanti...jika berminat boleh hubungi terus mama di no talian 019-7655837 kerana tempat hanya TERHAD KEPADA 10 ORANG YANG BERTUAH dengan yuran yang amat-amat rendah daripada biasa. Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan...

2 comments:

aku nk selit jd budak skolah ble..ehehe..

hehe...kita kenallah cik ratu..klu x kenal boleh jugak selit ye..next time mungkin kelas untuk ibu-ibu pula..

Post a Comment