Thursday, December 30, 2010

Apabila kita diduga...

Salam kepada semua pelanggan yang dihormati. Rasanya sudah lama mama tak upload gambar untuk blog mamanur. Mohon maaf kerana kelewatan ini bukanlah disengajakan. Selain kesibukan untuk menyiapkan semua tempahan album pengantin, ditambah pula anak kesayangan yang diserang demam selsama, seminggu pula berada di JB untuk menjaga ibu tercinta yang sedang sakit teruk rasanya alasan yang cukup kuat mengapa mama tak sempat update blog kesayangan ini. InsyaAllah semoga awal tahun hadapan semua gambar-gambar yang tak sempat diupload akan dikemaskinikan. Terima kasih atas sokongan pelanggan yang tidak pernah putus-putus pada mama...semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. amin..

Sunday, December 19, 2010

Coklat hantaran


Tuesday, December 14, 2010

Angsa cheese cake...



1/2 kg cheese cake + topping blueberry + strawberry & coklat sebagai hiasan
mmmm....makan sejuk-sejuk memang sedap....sekiranya berminat call mama ya...harga boleh dirunding...:)

Wedding cake


1kg Choc. moist + topping ganace + coklat hiasan
Ini adalah sampel kek perkahwinan, no more flower. Sekiranya sesiapa berminat bolehlah call mama ya....019-7655837

Sunday, December 12, 2010

Wedding cake Fauzee & Nisa



Kek ini ditempah daripada kawan baik mama yang tinggal di Muar untuk perkahwinan adik lelakinya. Pada mulanya mama tanya nak berapa tingkat, di cakap satu tingkat cukuplah, jadi tercetuslah idea untuk membuat kek yang unik dan lain daripada yang lain. Emm... walaupun satu tingkat, tapi bila orang tengok 'wow'. Kami cuba menggelakkan untuk menggunakan unsur-unsur bunga yang biasa pada kek-kek perkahwinan sebaliknya menggunakan unsur-unsur kerawang. Pada permulaanya kek ini 'ditopping' dengan chocolate ganace, kemudian di lukis secara free hand dengan menggunakan fresh cream dan akhir sekali di hias dengan kepingan coklat. Sememangnya 100% coklat. Terima kasih kepada hubbyku atas idea dan rekaan kek istimewa ini.....

Chocolate moist


Chocolate moist ini mama buat saja untuk makan-makan kat rumah pak cik , tapi sayangnya last-last tak dapat datang sebab ada hal di BP yang perlu balik segera. Minta maaflah pak cet ku, walaupun tuannya x dapat datang janji kek sampai...hehe

2'nd cake for Diamond




Kek Buttercream dan 25 pcs donut ini merupakan tempahan kedua daripada Su untuk anaknya Diamond. Hari tu Su tempah untuk dibawa ke taska Diamond, kali ni dia kata untuk jamu kawan-kawn makan di rumah. Terima kasih Su, harap-harap berpuas hati dengan tempahan ini...

Tuesday, December 7, 2010

Happy birthday Diamond.....





Kek pink dengan hiasan coklat mickey ini ditempah oleh kawan lama mama, Suhana untuk anak perempuanya yang digelar dengan panggilan manja ' Diamond'. Comel, dan seputih salju orangnya. Mungkin sebab itulah digelar Diamond agaknya. Sebenarnya, Su minta untuk hantar kek ini pagi-pagi di tempat kerjanya. Tetapi, nak dijadikan cerita kereta mama yang berhenti sementara untuk membeli sarapan tiba-tiba berasap. Tengok-tengok rupanya cooler bocor. Jadi terpaksalah mama call Su untuk ambil sendiri. Minta maaf ye Su, halangan datang tiba-tiba, tak boleh nak buat apa-apa. Apa pun Happy birthday Diamond! yang pertama, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Hehe.... Su kata kek ini lebih besar daripada anaknya semasa memotong....

Doorgift pertunangan Zamri & Anum




Ini adalah doorgift yang diberi oleh kami sekeluarga kepada saudara-mara terdekat yang menyertai rombongan pertunagan ke Batu Pahat. Di dalam kotak ini ada 1 kotak coklat, kek marble dan 1 batang pop kek. Harap-harap semua saudara-mara yang dapat berpuas hati. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan seperti ini, bolehlah rojer2 mama ye....tq

Kek Hantaran pertunangan



Kek ini direka khas buat hantaran pertunangan adik lelakiku pada 1 Muharam 1432H. Idea awal untuk buat chocolate moist bertukar kepada blueberry cheese cake, mungkin untuk menepati tema pertunangan iaitu purple & gold. Lebih istimewa kek ini disalut dengan fresh cream selain dihiasi dengan kepingan coklat dan buah strawberry. Semoga jodoh Zamri dan Anum sampai ke jinjang pelamin...insya'Allah angah doakan..amin.