Friday, November 26, 2010

Order from Miss Ayu






Bila je sepupu mama, Ayu telefon dari KL beritahu yang dia nak tempah kek untuk pertunangan, mama pun berfikir kek apa yang sesuai dan tahan lasak untuk dibawa kerana penghantarannya agak jauh memakan masa 4 jam kek itu akan berada di dalam kereta. Daripada idea asal nak buat cup cake berubah kepada sesuatu yang lebih mencabar iaitu fondant kek. Gementar jugak, maklumlah orang lain buat fondant kek semuanya pergi kursus , tapi mama ni cuma ada sijil kursus advance cup cake je..tapi basicnya tetap sama kan??. Dengan berbekalkan semangat mencuba yang berkobar-kobar seiring dengan sokongan hubby, maka usaha murni ini pun diteruskan..... . Dipendekkan cerita, ada jugak masalah lain timbul apabila warna hijau sebenar yang diinginkan tak dapat, tetapi yang dapat hijau sekolah agama ni...dan akhirnya terenggggg....inilah hasilnya aduan warna hijau dan pic tema pertunangan Ayu. Bagaimanapun semoga Ayu suka dan ucapan SELAMAT BERTUNANG !! dari kami sekeluarga, maaf kami tak hapat hadir...harap kek dan coklat semua sampai dengan selamat....

0 comments:

Post a Comment