Tuesday, October 26, 2010

Pertama kalinya coklat Mama Nur dipasaran...





Semua coklat diatas mama buat untuk jualan pasar tani hujung minggu lepas. Kebetulan adik berniaga pelbagai jenis kek di pasar tani, jadi mama pun tumpanglah segala produk-produk Mama Nur kat sini. Alhamdulillah....baru pertama kali coklat ini berada dipasaran adik kata dah dapat respon bagus daripada pelanggan. Seronok hati mendengarnya. Kebetulan pula minggu lepas mama berada lama di JB, jadi banyak jugaklah coklat-coklat yang mama buat. Tengok ajelah gambar-gambar yang mama akan upload kat atas nanti ye. Oh ya kepada kawan-kawan yang sempat membeli coklat Mama Nur hari tu terima kasih atas sokongan yang diberikan.....

0 comments:

Post a Comment