Sunday, August 15, 2010

Amani dah 3 th!








Besday amani tahun mama buat 2 kek. Smuft tree untuk sambut dengan pak usu kat rumah atuk mak dan petak coklat moist untuk sambut dengan pak anjang kat rumah opah. Oklah pakej besday kek ni jimat sikit. Smuft tree ni hadiah istimewa dari mama dan abah buat amani. Mama buat kek dan abah tukang deco. Plan asal mama nak buat kek lori bomba sebab pak usu lebih minat pada lori, tapi abah tak setuju dan last-last jadilah smurf tree ni...puas jugaklah mengentel fondant tu untuk jadi daun dan cendawan...whatever there're happy :)

Thursday, August 12, 2010

Promosi Istimewa Raya-edisi 1



Kerepek dan Kacang
Tempahan untuk kerepek dan kacang dibuka sekarang. Bagi warga Johor Bahru yang berminat untuk membuat tempahan juga amat-amat dialu-alukan dan penghantaran akan dibuat pada seminggu sebelum raya(klu nak reques tarikh lain boleh inform tak de masalah). Harga dibawah ialah bagi setiap 1/2 kilo.

1. Ubi masin
RM6.00
2. Ubi pedas kering
RM6.50
3. Ubi pedas basah
RM6.50
4.Ubi kari
RM6.50
5.Ubi jagung
RM 6.50
6.Pisang tanduk
RM 11.00
7.Pisang nipah
RM 10.00
8. Pisang gulung madu
RM 11.50
9.Pisang manis
RM 10.00
10.Pagoda(kerepek udang)
RM 6.50
12. Kacang tanah bersalut tepung RM8.00
11. Kacang-kacang lain RM7.00

*tempahan boleh dibuat sehingga 22 Ogos ini jika lewat harga mungkin akan berubah

Sunday, August 8, 2010

Pudding Strawberry


Jom kita cuba resepi ni untuk sajian berbuka puasa bersama keluarga.....emmm memang best bila makan dalam keadaan sejuk...yum2

Bahan :

1. 1 (7gm) bungkus agar-agar putih
2. 400 ml susu tawar cair rendah lemak
3. 150 ml santan cair
4. 150 gm gula pasir
5. 100 gm strawberry, potong-potong
6. 1 sdt pasta stroberi/pewarna merah

Cara Membuat :

1. Campurkan agar-agar dalam susu tawar cair dan santan, kacau rata. Rebus, hingga
mendidih. Tambahkan gula dan vanilla pasta, kacau rata. Didihkan kembali. Angkat.
2. Bagi adunan menjadi dua bahagian. Tambahkan pasta stroberi pada salah satu bahagian dan
biarkan putih pada bahagian lainnya.
3. Siapkan gelas saji atau cetakkan pudding. Beri beberapa potong strawberry, tuang adunan
merah hingga separuh lebih dari tinggi gelas/cetakkan. sejukkan hingga mengeras.
4. Tuang adonan putih hingga gelas penuh, dinginkan kembali. Sajikkan dingin.

(Resepi dari Saudara Rudy)

Friday, August 6, 2010

Bangkit wangi




Tiada dulu tiada sekarang....ni kuih raya orang-orang lama.he..he..veteren
Tak payah kunyah, kemam je terus mencair dalam mulut....dan dihujungnya rasa manis yang pasti nak lagi. Emm..memang sedap. Nak cuba? 50/pcs RM18.50
Cepat order dgn mama ye 019-7655837 / 017-7000540

Thursday, August 5, 2010

Home made Ice Cream

Resepi ni mama ambik dari kak ida, Kak ida ni dah kira otailah dalam bidang bakery ni....boleh ye kak ida kita kongsi-kongsi dapat pahala he..he..

1] Ice Cream Oreo
2] Ice Cream Strawberry cheese cake


resepi nie dia buat tau.....
Ice Cream Strawberry Cheese Cake
Bahanya:-
1 cawan susu segar perisa strawberry
1 cawan coffee mate atau susu tepung
½ sudu besar strawberry paste
80 grm cheesecake-dipotong kuib.
Caranya :-
- Masukkan susu segar, coffeemate, paste kedalam blender – selamat 3 minit.
- Masukkan cheesecake – blenderkan sekejap
- Bekukan semula selama 8 jam or semlm , hidangkan bersama dengan buah strawberry dan cheesecake yang dipotong kuib

Ice Cream Oreo
Bahanya
1 cawan susu sega
3 sudu besar gula halus
1 cawan coffee mate/ susu tepung
3 sudu besar serbuk oreo
1 sudu teh esen vanilla

Caranya :
Masukkan susu, coffeemate, gula ,esen vanilla kedalam blender selama 3 minit
Masukkan serbuk oreo dan kacau sebati baru dibekukkan selama 8 jam or semlm.
Hidangkan bersama2 dengan biskut oreo .

Monday, August 2, 2010

Perasmian blog Mama Nur



Chocolate moist cake ini saja yang mama dapat buat semasa meraikan perasmian blog tempoh hari. Alhamdulillah betul-betul genap dua bulan mama menimba ilmu dgn sifu kak eyna dan dalam tempoh itu jugalah tak henti-henti mencuba dan mengumpul bahan sehingga akhirnya dapat direalisasikan segala-galanya. Walaupun begitu perjalanan ini masih jauh dan terlalu banyak yang perlu ditempuh. Banyak yang perlu dipelajari lagi. Semoga semangat mama terus kuat untuk berjuang seiring dengan doa dan dorongan orang-orang yang tersayang...amin.
Terima kasih atas support yang kawan-kawan berikan semoga Allah saja yang dapat membalasnya! love u all :)

Sunday, August 1, 2010

Big order from Nadia






Chocolate moist vochelle

Semua ni order dari my friend Nadia, jauh datang nak ambik dari Putrajaya untuk meraikan besday anaknya Amera. Thanks a lot Nad! Harap Nad berpuas hati. Istimewa decoration kek besday tu dari my lovely hubby dan angah...Thanks both of you sanggup bersengkang mata membantu hingga lewat pagi.

Red Flower Fondant



16 pcs Red Flower fondant cup cake ini untuk majlis pertunangan anak saudara Puan Normah. Terima kasih, senang-senang boleh order lagi...