Thursday, January 27, 2011

Bulan Promosi Choc Moist

1kg 1/2 Choc moist+topping ganace+layer fresh cream+hiasan almond nibs & chocolate rice
Pengumuman!! sempena bulan Feb ini, sesiapa yang teringin nak makan chocolate moist yang rich dgn ganace chocolate bolehlah calling2 mama, kerana bulan ini mama buat sedikit promosi hanya RM35 untuk sekilo setengah. Memang moist, memang rich chocolate & memang puas hati. Jadi sambil bersantai-santai dengan keluarga time cuti ni bolehlah menjamu selera ye.Tq.

Wednesday, January 26, 2011

Choc moist...tempahan dari Awien


Tempahan kali ini, daripada jiran sekampung je adik Awien. Kesian dia tengok gambar amani makan kek coklat dia kata dia pun teringin sama. Awien ni sebenarnya baru lepas opperation, jadi untuk tidak menghampakan, cepat-cepatlah mama buatkan choc moist ni. Kepada sesiapa yang berminat choc moist macam ni murah je RM35 untuk sekilo lebih, boleh terus hubungi mama ye 019 7655837. Tq.

Friday, January 21, 2011

Choc moist & fresh fruits



Kek ini istimewa untuk my amani yang sudah lama mengidam nak makan kek coklat. Simple deco dengan fresh cream dan hiasan buah segar. Haaaa...makan ye nak jangan tak habis pulak besar pulak tu keknya... :)

Thursday, January 13, 2011

Minggu cheese cake



1 kg cheese cake tempahan daripada Anum. Anum ni sebenarnya bakal adik ipar mama. Ada cerita disebalik tempahan ini rupanya. Hari tu masa hari pertunangannya kami daripada sebelah lelaki memberinya blueberry cheese cake. Mungkin sebahagian daripada ahli keluarganya tidak dapat merasa kek itu, jadi akaknya order sekali lagi. Emm...blueberry cheese dengan hiasan fresh cream....makan ketika sejuk memang sodapp...thanks Anum :)

Second order fron Zahara



Salam semua...lama dah mama tak update blog kesayangan ini, ni semua gara-gara mual bila saja mata melihat kek atau coklat. Ini pun mama gagahkan juga walaupun tekak ni dah mula terasa-rasa. Entahlah kenapa mengandung kali ini, dalam 2 bulan pertama ni ujian dia kuat sikit...ramai yang kata mungkin kali ini anak lelaki. Mudah-mudahan, berharap juga lepas ni dapatlah sepasang kita. Ok, teruskan cerita order kali ini datang daripada Zahara yang tinggal di Muar. dah lama sebenarnya Zahara order akhir tahun lepas...tapi sekarang baru sempat upload. Zahara order 1/2 kg coklat cheese cake dengan 100 biji coklat. Terima kasih ye Zahara :)