Wednesday, December 21, 2011

Virus angry bird lagi...











2 kg coklat moist cake + fresh cream + fondant


Tempahan kedua daripada Ina untuk anak kesayangannya Elysha. Kek kedua ini untuk dibawa ke rumah mentuanya. Excited betul Elysha siap minta mama mms gambar angry bird ni bila dah siap. Whatever semoga Elysha dan mamanya happy sambut besday tahun ni.





Princess cake











1.5 kg coklat moist + marble butter + fresh cream


Kek pertama yang ditempah oleh Ina untuk anak kesayangan Elysha 6 tahun. Happy besday Elysha!! Kek ini untuk disambut rumah maknya sendiri di Majidi. Tema warna biasalah anak perempuan mesti nak warna pink. Buat cantik-cantik ya aunty...pesannya..





Tiramisu cup kini in party set!!






Set I [ 9 cup strawberry flavour ]



RM30/set





Set II [ 9 cup coklat flavour ]



RM25/set






Set III [ Mix set coklat & strawberry ]
RM35/set





Tiramisu cup kini di dalam Set Party iaitu jumlah yang boleh dibeli dengan paling minimum 9 cup dalam 1 set dengan 2 flavour kesukaan anda iaitu strawberry dan coklat. Jika sebelum ini jumlah pembelian minimum iaitu 20 atau 30 cup. Anda turut boleh mix flavour dalam set yang sama. Sesuai untuk jamuan sesisi keluarga atau jamuan bersama sahabat handai. Jadi jangan lepaskan peluang, promosi kami sehingga 31 Dis 2011 sahaja!!

















Monday, December 19, 2011

Cup cake red velvet fondant & muffin















16 pcs red velvet + cream cheese frosting + fondant

50 pcs mufin


Terima kasih Talhah, kaseh seorang abang buat adik perempuannya yang bertunang pada 17 Disember yang lepas. Puas dia pesan pada mama supaya buat best-best. Whatever design semua 16 pcs cup cake tu adalah rekaan daripada suami tercinta. Hampir 2 hari memikirkan tentang tema design ini, kali pertama mama sendiri yang mengguli fondant merekanya, tapi bila datang je en abang kita ni, dia tak puas hati dengan rekaan pertama mama, akhirnya dia yang menyudahkan semuanya sampai pukul 4.00 pagi, mama? dah tak larat sakit pinggang yang amat , jadi perlu tidur sekejap dan bangun kembali pukul 5.30 pagi bagi menyiapkan wording. Alhamdulillah akhirnya siap juga. Buat adik Talhah, mama minta maaf diatas segala kekurangan jika ada ya, terima kasih banyak-banyak sekali lagi :)

































































Wednesday, December 14, 2011

Hantaran Pertunangan tempahan dari Eddy



















32 pcs cup cake coklat moist + fondant

Simple but nice...tempahan daripada Eddy buat pasangan kawannya yang bertunang pada 10 Disember lepas. Satu tema hijau dan satu lagi tema gold. Mama tengah syok bermain fondant sekarang ni, sakit-sakit pinggang pun mengguli jugak but i'm enjoy.Thanks Eddy hope u are like it!!














Saturday, December 10, 2011

Kek Wedding Farhana..






Wedding kek tempahan dari Farhana yang tinggal berhampiran Bp Mall, senang je berurusan dengannya. Mula-mula dia email gambar pada mama dan minta sebutan harga. Dia beritahu nak kek macam tu jadi mama pun buat mengikut kehendaknya. 2 tingkat kek coklat moist tema putih , purple dan pink kemudian letak buah anggur.Thanks ya Farhana!


Sunday, December 4, 2011

Hantaran pertunangan Nazlia

















Lama dah Nazlia tunang 27 Nov yang lepas, lupa pula mama nak masukkan gambar-gambar keknya dalam blog ni. Nazlia adalah rakan sekerja suami. Dia telah menempah 1 kg coklat moist deco dengan fondant tema pink purple serta 16 pcs cup cake edible. Alhamdulillah siap sepenuhnya pada malam Sabtu tu walaupun ada beberapa masalah salah faham pada edible ni pada awalnya. Puas mama mengerjakannya satu hari suntuk mengadap kek ni, buat perlahan-lahan sorang-sorang. Ingat nak minta tolong En Suami tapi apakan daya dia sibuk dengan shooting hari tu. Syukur siap juga dan yang lebih 'syok' Nazlia suka sangat :) thanks ya lia!











Bread & butter pudding lagi



Tempahan daripada orang yang telah lama mengidam nak makan iaitu Hidayah dari UTHM Batu Pahat.....alhamdulillah pagi tempah petang balik kerja terus dapat, syukur... sedap katanya makan panas-panas :) . Thanks ya dayah!



Thursday, December 1, 2011

Open order tiramisu cup 1 Dis - 10 Dis 2011




Flavour : Strawberry / Coklat


Order 1-30 cup : harga RM2.50/cup [boleh mix flavour]

Order 1-20 cup : harga RM2.80/cup [ 1 flavour sahaja]

Order 1-10 cup : harga RM3.00/cup [ 1 flavour sahaja]


Berminat untuk order??

hubungi Mamanur bakery : 0197655837