Thursday, September 30, 2010

Tempahan kek Raya



Kedua-dua kek diatas adalah tempahan untuk hari raya. Kedua-duanya chocolate moist. My hubby yang tukang deco. Kek yang bulat ditempah untuk sambutan hari raya cikgu-cikgu sekolah Dato Sulaiman dan kek yang petak tu ditempah oleh sepupu mama Ayu untuk makan-makan pagi raya pertama. Sebenarnya Ayu tempah dua biji kek satu chocolate moist dan satu lagi blueberry cheese.Terima kasih atas tempahan kalian.

Wednesday, September 29, 2010

Besday Aniq


29 Ogos yang lepas , Aniq sambut besday yang ke-4 tahun. Oh ya Aniq ni mama punya satu-satunya anak saudara kesayangan. Ibu Aniq minta mak ngah dan pak ngah decokan kek untuk aniq. Aniq ni minat sangat pada kereta, jadi awal-awal lagi ibu dia dah tempah edible gambar lori transfomers, tapi disebabkan edible tu tak cantik, orang yang buatkan tu langsung tak kreatif dahlah bayar mahal tapi x cantik. Maka mama pun decolah ikut citarasa sendiri....emm macam kat atas tu, kira cantiklah kan? siap salut dengan chocolate vochelle lagi.....Oleh kerana Aniq nak jugak kereta, jadi mama buatkanlah juga cup cake gambar kereta....haaaa...baru dia puas hati, namapun budak-budak.

Tuesday, September 28, 2010

Jualan sepanjang Ramadhan







Salam semua, lama dah mama tak update blog ni hampir sebulan lebih dah bersawang agaknya. Minta maaf ye semua. Sebenarnya sepanjang Ramadhan lepas mama sibuk sangat. Selain sibuk dengan menjual donut di bazar Ramadhan, mama jugak sibuk menyiapkan tempahan manik. Bukan mama yang pergi menjual ada kawan yang tolong jualkan. Kalau tengok kat atas selain donut, mama juga ada buat muffin dan chocolate moist. Alhamdulillah sambutan sangat-sangat mengalakkan, setiap hari donut 1 kg lebih habis. Nak buat lebih, memang mama tak larat maklumlah buat sorang-sorang. Habis siap donut malam sambung siapkan tempahan jahit manik. Sebenarnya dah lama mama menjahit manik ni dari tahun lepas ,cuma mama belum pernah upload gambar-gambar baju yang mama dah siapkan. Insya'Allah berkesempatan nanti mama upload dalam blog ni. Oh ya, mama nak ucapkan terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi order kuih raya dan kek dengan mama untuk hari raya hari tu. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Love u all....